Thursday, January 24, 2008

Zam berlakon ?

Jangan lupa menonton siri:

DEMI NEGARA TERCINTA
SELASA
6.00pm

Zam ada berlakon dalam siri kenegaraan tu. Carilah... yang mana satu hubby aku. Tentulah yang jadi LEFTENEN MUDA MIOR. Masa intro siri tu zam ada kat depan sekali, tengah pegang senapang. Konon macho la...

Haru Biru ... Arghhhh ...

17.01.08 - Khamis
Kul 4.00pm, aku diarahkan untuk berjumpa dengan guru besar SKTK. Surat dari jabatan menempatkan aku (lepasan KSPK) di SKTK. Aku diminta untuk mula bertugas pada hari Isnin di sesi pagi. Tensionnnnnn..... Aku kena pindah sekolah la, begitu juga dengan yeop. Memang berat hati aku nak tukar sekolah sebab kengkawan kat SKIP baik2 semuanya dan yeop pun dah ada ramai kawan. Tapi nak buat camna, 'aku yang menurut perintah'.

21.01.08 - Isnin
Aku lapor diri pagi ni ngan yeop dan guru besar mengarahkan GPK1 untuk menyediakan jadual waktu bagi pengajaran ICTL. Semua tugas2 penyelaras makmal aku yang amik alih dan banyak la keje2 keceriaan dalam makmal yang perlu dilakukan. Memang boring... aku sorang2 je kat makmal dok pikir apa nak buat. Murid2 masih belum dibenarkan masuk ke makmal sebab keje2 penyelenggaraan komputer sedang dilakukan. Disebabkan aku belum memulakan pengajaran, so ni la kesempatan pentadbir untuk jadikan aku guru relief. Bosan gilerrr.....

Tak cukup masa.....

Sekarang ni rutin aku makin busy sebab kerja2 zam aku yang amik alih. Terkejar2 aku, letih jangan cakap la... Pagi aku hantar yeop pi KAFA, then terus amik angah dan hantar ke tadika. Balik rumah terus je buat kerja... masak, basuh & jemur baju sambil tengokkan hubby aku yang sakit. Kul 10.30, amik yop balik KAFA dan uruskan makan dan persiapannya. Kul 12.00, aku amik angah balik tadika. Senang la sikit coz tinggalkan angah ngan zam. Then aku pulak bersiap2 nak ke sekolah ngan yeop.

Sampai sekolah, tanggungjawab lain pulak nak dibuat sampailah kul 6.30pm. Balik rumah aku uruskan rumah tangga lagi... makan malam, cuci pinggan dan lipat baju. Tak lupa juga bagi tuisyen kat anak2 sampailah kul 10.00pm. Bila semua dah tido, aku gosok baju dan buat lesson plan serta tugas2 lain. Begitu la rutin harian aku. Memang terasa penatnya tapi inilah pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri dan juga ibu....

Zam Accident !!!

06 Jan 08.
Petang ni aku janji ngan sepupu aku nak pi rumah dia kat bangi. Zam pun dah telefon aku nak balik jam 1.30 pm. Tak sabar nak makan angin, boleh la aku pi rumah kak ana (roomate KSPK), coz dekat je ngan rumah sepupu aku tu.

Jam 2.15 pm, zam telefon aku dari hospital. ACCIDENT!! Kena langgar dengan kereta yang tiba2 belok tak bagi signal. Aku cepat2 ke Hospital PD, anak2 aku tinggalkan kat rumah tapi aku minta jiran sebelah tolong tengokkan, takutlah kes2 culik sekarang ni. Sampai hospital biasalah.... askar ni dah sakit2 pun muka ok je. Cuma sesekali je dia ngadu sakit. Pelik aku, dia just bagi beg dan kunci 'scooter baru' dan terus suruh aku balik tengok anak2. Aku serba salah nak tinggalkan dia tapi anak2 kat rumah takda orang tengok pulak. Lepas kawan2 zam sampai, aku pun balik.

Jam 3.30 pm, zam telefon lagi dan dia bagitau yang dia dah on the way ke Hospital Seremban dengan ambulan. Malam tu juga aku telefon PK1 dan minta cuti kecemasan. Esok pagi2 aku ngan anak2 ke Hospital Seremban. Kami pi awal sebab zam belum mandi sebab tak bawa pakaian pun. Sampai hospital, zam dah pucat sikit dan nampak sakit. Jari patah, tulang dada terkehel, kaki sakit, siku luka dan ada la sakit sana sini sikit. Kata doktor petang ni zam kena buat pembedahan kecil untuk betulkan jari yang patah. Nampaknya zam belum boleh balik lagi.

On the way balik Telok Kemang, aku singgah balai polis untuk tengok scooter. Alah... sikit betul calarnya, tak padan dengan keadaan tuan kat hospital. Then, aku singgah sekolah dan PK1 bagi aku cuti lagi sehari untuk uruskan semuanya. Tiba di rumah, kebetulan jiran sebelah nak pergi keje. Dia tumpangkan aku ke balai polis untuk amik scooter.

Esoknya aku ke Hospital Seremban untuk amik zam balik. Lepas ni susah la zam nak buat keje sebab tangan dah bersimen. On the way balik, kami ke pejabat guaman dulu untuk buat claim, then terus ke balai polis trafik untuk buat report. Malamnya zam tak nyenyak tido, mungkin sakit kot.

Monday, January 21, 2008

Sesi Persekolahan

Tugas aku sebagai suri rumah yang bekerja kembali sibuk. Itu la sebabnya kenapa aku menyepi untuk seketika. Bermula dengan seawal pagi zam hantar yeop ke kelas KAFA dan angah ke Tadika PASTI. Aku kat rumah buat la keje2 membasuh dan memasak. Then, giliran aku pulak amik budak2 balik. Angah aku minta orang sebelah rumah jagakan sebab aku ngan yeop nak ke sekolah. Aku selesa keje sesi petang sebab semua keje rumah dapat dibereskan, lagi pun zam banyak membantu. Balik rumah je dia tolong angkat dan lipat kain. Angah pun siap dimandikan.

Memandangkan sekolah baru belum ada dan banyak aktiviti yang tak dapat dijalankan pada tahun ni, aku ditugaskan untuk menjadi Guru Kelas Tahun 1 Cerdik. Banyak kerja rupanya, dengan kutipan duit, belian buku dan peralatan, semua aku la yang uruskan. Walaupun kelam kabut sikit, tapi aku seronok menguruskan budak2 yang pelbagai karenah ni. Yeop pun seronok bersekolah sebab aku jadi guru kelas dia, naik tocang lagi... 2 minggu ni ringan sikit la ngajar sebab minggu transisi, lesson plan pun ringkas je nak tulis. Lagi pun aku just ngajar tahun 1 & 2 je, subjek BI & Muzik. Senang sikit keje aku tahun ni.....

Mak oh Mak.....

Sepanjang setahun di Melaka, anak2 dijaga oleh mak. Memang aku akui, aku pun sering teringatkan anak2 ketika di Melaka dulu. So, tak hairanlah kalau mak aku tak senang duduk tanpa cucu2nya. Nak makan nangis, nak tido nangis, nak ke pekan nangis, pendek kata menangis all the time la. Abah aku pun sama, tak boleh buat keje kat pejabat. Asyik ingat cucu, lebih2 lagi dekat yeop (danial), cucu kesayangan yang selalu dibawa makan roti canai bersama. Mak aku pula lebihkan angah ( danish) sebab tu teman dia ke pasar dan adik aku rindukan baby (darwish) sebab dah setahun jadi teman tidonya.

Sebagai anak, aku tak sampai hati tengok orang tua aku macam tu. Mak aku pun dah mula sakit2, adik dan abah aku asyik hantar sms je. Duit topup dah banyak habis coz cakap ngan cucu2. Serba salah aku ni. Bila bincang dengan zam dia banyak diam, entah apa yang dia fikir aku pun tak tau. At last, zam bagi keputusan untuk hantar baby balik kampung menemani orang tua aku kat sana memandangkan dia belum bersekolah. Sebagai ibu, memang keputusan tu berat sekali tapi aku takda pilihan. Selepas meeting 28.12.07, aku hantar baby balik kampung dengan juraian air mata.....

Mesyuarat 2 Sekolah

27.12.07
8.30 pagi, mesyuarat guru Sek Keb Telok Kemang (SKTK) pun bermula. Tak banyak yang dibincangkan, hanya perkara biasa2 saja..... macam sekolah2 lain jugak. Tapi ada 1 perkara yang paling penting iaitu mulai tahun 2008, sekolah ini akan dipecahkan berikutan kepadatan bilangan pelajar. Oleh sebab itu, Sek Keb Intan Perdana (SKIP) pun diwujudkan untuk menampung pelajar2 tersebut. Guru Besar dengan kuasa vetonya dengan senang hati menendang guru2 yang dia tak berapa berkenan. Guru2 yang banyak masalah, takda komitmen, suka amik mc dan guru2 baru semua kena campak ke SKIP. Yang tinggal kat SKTK tentulah guru2 penting yang berjawatan dan boleh menaikkan nama sekolah. Aku memanglah kena campak kat sekolah baru, tapi aku tak kisah.... mana2 pun sama asalkan tanggungjawab aku dapat dilaksanakan.

Lepas meeting selesai, aku pindah masuk ke rumah baru di Taman Bukit Perdana. Kawasan perumahan ini kira ok la untuk kami sekeluarga. Tak berapa jauh dari sekolah, just belakang Politeknik PD dan berdekatan dengan Ostrich Farm. Jemputlah datang....

28.12.07
8.30 pagi, mesyuarat SKIP bermula. Banyak benda yang dibincangkan, maklumlah sekolah baru. Aku senang2 je dapat jawatan PENYELARAS ICT kat sini. Buat masa ni bangunan sekolah belum siap lagi, so kami menumpang pakai bangunan SKTK. SKTK guna sesi pagi dan SKIP guna sesi petang.

 

blogger templates 3 columns | Tech Blog