Thursday, January 24, 2008

Haru Biru ... Arghhhh ...

17.01.08 - Khamis
Kul 4.00pm, aku diarahkan untuk berjumpa dengan guru besar SKTK. Surat dari jabatan menempatkan aku (lepasan KSPK) di SKTK. Aku diminta untuk mula bertugas pada hari Isnin di sesi pagi. Tensionnnnnn..... Aku kena pindah sekolah la, begitu juga dengan yeop. Memang berat hati aku nak tukar sekolah sebab kengkawan kat SKIP baik2 semuanya dan yeop pun dah ada ramai kawan. Tapi nak buat camna, 'aku yang menurut perintah'.

21.01.08 - Isnin
Aku lapor diri pagi ni ngan yeop dan guru besar mengarahkan GPK1 untuk menyediakan jadual waktu bagi pengajaran ICTL. Semua tugas2 penyelaras makmal aku yang amik alih dan banyak la keje2 keceriaan dalam makmal yang perlu dilakukan. Memang boring... aku sorang2 je kat makmal dok pikir apa nak buat. Murid2 masih belum dibenarkan masuk ke makmal sebab keje2 penyelenggaraan komputer sedang dilakukan. Disebabkan aku belum memulakan pengajaran, so ni la kesempatan pentadbir untuk jadikan aku guru relief. Bosan gilerrr.....

0 Comments: