Monday, January 21, 2008

Mesyuarat 2 Sekolah

27.12.07
8.30 pagi, mesyuarat guru Sek Keb Telok Kemang (SKTK) pun bermula. Tak banyak yang dibincangkan, hanya perkara biasa2 saja..... macam sekolah2 lain jugak. Tapi ada 1 perkara yang paling penting iaitu mulai tahun 2008, sekolah ini akan dipecahkan berikutan kepadatan bilangan pelajar. Oleh sebab itu, Sek Keb Intan Perdana (SKIP) pun diwujudkan untuk menampung pelajar2 tersebut. Guru Besar dengan kuasa vetonya dengan senang hati menendang guru2 yang dia tak berapa berkenan. Guru2 yang banyak masalah, takda komitmen, suka amik mc dan guru2 baru semua kena campak ke SKIP. Yang tinggal kat SKTK tentulah guru2 penting yang berjawatan dan boleh menaikkan nama sekolah. Aku memanglah kena campak kat sekolah baru, tapi aku tak kisah.... mana2 pun sama asalkan tanggungjawab aku dapat dilaksanakan.

Lepas meeting selesai, aku pindah masuk ke rumah baru di Taman Bukit Perdana. Kawasan perumahan ini kira ok la untuk kami sekeluarga. Tak berapa jauh dari sekolah, just belakang Politeknik PD dan berdekatan dengan Ostrich Farm. Jemputlah datang....

28.12.07
8.30 pagi, mesyuarat SKIP bermula. Banyak benda yang dibincangkan, maklumlah sekolah baru. Aku senang2 je dapat jawatan PENYELARAS ICT kat sini. Buat masa ni bangunan sekolah belum siap lagi, so kami menumpang pakai bangunan SKTK. SKTK guna sesi pagi dan SKIP guna sesi petang.

0 Comments: