Monday, January 21, 2008

Mak oh Mak.....

Sepanjang setahun di Melaka, anak2 dijaga oleh mak. Memang aku akui, aku pun sering teringatkan anak2 ketika di Melaka dulu. So, tak hairanlah kalau mak aku tak senang duduk tanpa cucu2nya. Nak makan nangis, nak tido nangis, nak ke pekan nangis, pendek kata menangis all the time la. Abah aku pun sama, tak boleh buat keje kat pejabat. Asyik ingat cucu, lebih2 lagi dekat yeop (danial), cucu kesayangan yang selalu dibawa makan roti canai bersama. Mak aku pula lebihkan angah ( danish) sebab tu teman dia ke pasar dan adik aku rindukan baby (darwish) sebab dah setahun jadi teman tidonya.

Sebagai anak, aku tak sampai hati tengok orang tua aku macam tu. Mak aku pun dah mula sakit2, adik dan abah aku asyik hantar sms je. Duit topup dah banyak habis coz cakap ngan cucu2. Serba salah aku ni. Bila bincang dengan zam dia banyak diam, entah apa yang dia fikir aku pun tak tau. At last, zam bagi keputusan untuk hantar baby balik kampung menemani orang tua aku kat sana memandangkan dia belum bersekolah. Sebagai ibu, memang keputusan tu berat sekali tapi aku takda pilihan. Selepas meeting 28.12.07, aku hantar baby balik kampung dengan juraian air mata.....

0 Comments: