Monday, January 21, 2008

Sesi Persekolahan

Tugas aku sebagai suri rumah yang bekerja kembali sibuk. Itu la sebabnya kenapa aku menyepi untuk seketika. Bermula dengan seawal pagi zam hantar yeop ke kelas KAFA dan angah ke Tadika PASTI. Aku kat rumah buat la keje2 membasuh dan memasak. Then, giliran aku pulak amik budak2 balik. Angah aku minta orang sebelah rumah jagakan sebab aku ngan yeop nak ke sekolah. Aku selesa keje sesi petang sebab semua keje rumah dapat dibereskan, lagi pun zam banyak membantu. Balik rumah je dia tolong angkat dan lipat kain. Angah pun siap dimandikan.

Memandangkan sekolah baru belum ada dan banyak aktiviti yang tak dapat dijalankan pada tahun ni, aku ditugaskan untuk menjadi Guru Kelas Tahun 1 Cerdik. Banyak kerja rupanya, dengan kutipan duit, belian buku dan peralatan, semua aku la yang uruskan. Walaupun kelam kabut sikit, tapi aku seronok menguruskan budak2 yang pelbagai karenah ni. Yeop pun seronok bersekolah sebab aku jadi guru kelas dia, naik tocang lagi... 2 minggu ni ringan sikit la ngajar sebab minggu transisi, lesson plan pun ringkas je nak tulis. Lagi pun aku just ngajar tahun 1 & 2 je, subjek BI & Muzik. Senang sikit keje aku tahun ni.....

0 Comments: