Monday, January 7, 2008

Tambah aset lagi...

Firstly, aku minta maaf bebanyak kat hampa semua coz lama aku menyepi. Biasalah, kehidupan seharian aku memang sibuk dengan urusan rumah tangga dan anak2. Laptop ni memang tersadai dalam almari aku, cuma sesekali je aku tengok zam buka internet. Tu pun dok cari kisah2 askar dia la.

Aku nak start story ni dengan cerita motor baru aku. Memandangkan motor lama aku dah jadi 'harta tetap' adik tengah aku, so aku beli la motor baru YAMAHA EGO S ( AGG 554 ). Secara cash kedai motor tu mintak Rm5130. Saja aku nak tukaq selera naik scooter plak. Best la dok meronda tiap-tiap hari ngan budak2, lagi pun kereta zam dah bawa balik PD. Bila nak Raya Haji, zam balik kampung dan kemudian dia naik motor ke PD. Bawak slow2, lebih kurang 8 jam sampailah PD.

Tinggal la aku bawa kereta sorang2 ngan anak2 aku yang banyak 'hotiaq' dalam kereta. Yang nak kencing la, berak la, macam2 hal. Bawa slow2, lebih kurang 6 jam aku sampai PD pada 25 Disember 07.

1 Comment:

azlanlin said...

Patutla nampak ego semacam je la niii..rupa-rupanya dah naik Yamaha Ego rupanya! Caiyok la geng!